SENIOR
June 08, 2015, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum

Memang dah lama sangat rasanya tak berblogging ni sampaikan  hati ni terasa macam nak kembali kepada menulis secara maya ni semula.
Bukan apa,cuma aku rasa  aku perlu satu medium untuk aku luahkan apa yang aku rasa dalam hati ni. Aku tau aku tak kan boleh nak pendam  semua benda dan perkara dalam hati aku je selamanya. Kalau aku nak luahkan kan kat facebook dengan twitter tak boleh nak bebas sangat sebab ada family aku yang mungkin akan terasa dengan apa yang aku post.
So, satu-satu nya medium yang aku ada hanya tinggal blog ni untuk aku luahkan apa yang aku rasa sebab takde family aku yang rajin berblogging ni.

Untuk kali ni aku just nak cakap pasal 1st day of my 3rd semester here in UiTM. Yelah sekarang dah sem 3 dah boleh jadi senior la kat sini. Tapi yang aku tak puas hati tu bila ada yang bebajet senior sangat. Pahal?! Tau lah awak tu dah jadi senior tapi tak payah lah nak belagak semacam. Masa awak tu memula masuk universiti ni pun awak tak suka kan bila ada senior yang bebajet senior sangat. Perhati atas bawah bila budak baru lalu depan awak, tengok dorang macam nak terkam je dorang tu dah kenapa? Tak payah la nak kerek sangat. Buat biasa dah lah. Mungkin awak tu nak rasa apa rasanya bila jadi senior ni tu yang sampai buat macam tu kot. Udah-udah lah tu. Kesian bebudak baru tu. Baru nak sesuaikan diri di alam universiti tapi dek kerana senior yang kerek-kerek langsung dorang jadi takut nak masuk alam universiti ni kang. Senior-senior yang lagi senior dari awak pun tak sebajet awak tu. So apa salahnya kalau awak tu jadi mesra sikit dengan junior. Tak rugi punnnnn.

Tu jelah setakat ni yang aku rasa aku perlu luahkan. Esok pun ada kelas pagi jadi elok sangat lah kalau aku stop kat sini je dulu.

Assalamualaikum

new past